Thursday, March 7, 2013

Hati Berbicara

Salam to all bloggeeps


Next entry..haha..si penulis masih boleh mengukir senyuman walaupun terlalu banyak perkara yang menduga kekuatan mental dan fizikal. Inilah liku-liku kehidupan yang mencorak perjalanan saya dari bermulanya kelahiran sehinggalah ke hari ini. Pahit lebih banyak dari manis. Namun,saya tidak pernah menganggap kepahitan itu menjadi penghalang untuk meneruskan perjalanan. Siapapun manusia yang menumpang di muka bumi ini kalau diikutkan. Mahu dituruti segala kemahuan. Tapi ingatlah yang berkuasa di atas Allah S.w.t telah merencanakan sesuatu untuk kita. Kita menginginkan A, tapi Allah s.w.t telah memberi kita B. Itulah hakikatnya sebagai hamba Allah. Kita hanya mampu merancang,tapi tuhan yang menentukan. Berbahagialah dengan apa yang telah tuhan berikan. Tanpa mengira pahit atau manis. Sememangnya itulah yang kita perlukan. Allah tidak berikan apa yang kita minta, tetapi Allah berikan apa yang kita perlu.

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Allah telah membuka mata dan pintu hati saya terhadap seorang hambanya. Yang satu ketika dulu. Pernah menjadi insan yang bertahta dalam hati ini. Siap berjanji saling setia ke hujung nyawa. Namun, di satu titik. Segalanya terhenti kerana tertulis yang antara saya dan dia bukanlah jodoh. Inilah takdir. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.  ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA. Hanya kesabaran yang mampu saya titipkan dalam hati ini. Saya mengikhlaskan hati di atas apa yang berlaku. Insyaallah, saya yakin dengan ALLAH..akan ada seseorang yang terbaik menanti saya. Apa yang penting sekarang, bukan memikirkan soal jodoh. Tapi berfikir masa depan. =)

2 comments:

Mumun Amir said...

yang akan datang pasti lebih baik , been there too , tapi hati harus tabah ya darling , Allah is writing our love story wheres He decided to sent someone much better than before , Allah is fair kan:)

Unknown said...

insyaallah dear...yeah,Allah jak y tahu disebalik apa2 y blaku..y penting kena kuatkan hati..and sabar..Allah maha adil..=)