Tuesday, January 8, 2013

Kisah benar tentang Hidupku

Hari ini masuk ke-8 hari kita berada dalam tahun 2013. 7 hari yang lalu terlalu banyak perkara yang datang dalam hidup kitakan. Tak kiralah pahit manis. Semuanya menjadi pengalaman kita. Mesti you all naik heran plak entry saya kali ini dalam Malay. Saja tukar hangin..hehe..Lgpun english sy takdalah mantap sangat. Biasa je. Bagi budak tahun 1 baca pon, mereka dha boleh faham. Takpalah, apa bahasa pon kita guna yang penting kita enjoylah kan. Actually, banyak benda nak kongsi ni. Saya tak kesah pon share something yang privacy dalam hidup ni. I mean, tak semualah nak share. Macam yang korang tahukan..entry sebelum ni,say a bagi tahu korang saya ni sakit. Sakit bukan biasa-biasa. Macam demam, makan panadol. Okay dha lepas tu.Huh,,nak seek attentionlah tu . Saya bukan nak minta perhatian taw..hehe..takdalah..kita share ney. yang mana korang rasa elok,ambikla ye..yang tak elok tu.Abaikan..

Kemarin,saya review. Jumpa ngan pakar haematologi. sebelum ni,doktor ada plan untuk saya,buat transplant tulang sum-sum. Means, nak tukar sum-sum tulang yang saya ada sekarang ni dgn orang lain. Bukan orang lain pun penderma saya. Adik saya sendiri. Syukur alhamdulillah, terima kasih Allah. Susah nak cari penderma sebenarnya,kira untunglah ada yang sama dengan adik beradik sendiri. Tapi kan...masalahnya..
Hmmm..SAYA TAK NAK BUAT TRANSPLANT.Doktor pun terus diam dengan apa yang saya decide ni. Then, doktor ckp..kalau saya tak buat transplant..potensi untuk penyakit datang balik sangatttt lah tinggi. Lagipun doktor kata..penyakit saya ni..jenis yang ganas..nampak sgt ada kedegilan dia..So,transplant adalah jalan terbaik. Tapi....doktor kata..dia tak jaminlah 100% yang penyakit saya takkan balik lagi. Doktor kata lagi, memanglah buat transplant ni..ada risikonya. Dalam 10 orang yang pergi mungkin 2-3 orang je yang berjaya. Kalau anda berada ditempat saya,apa pilihan korang akan buat. Setuju tak kalau ikut apa yang doktor plan???

Apa pun keadaan, saya bersyukur sangat sebab ALLAH s.w.t bagi saya peluang untuk hidup. Memperbaiki hubungan dengannya. Everything happen for a reason. Alhamdulillah, penyakit saya buat masa ni memang dha complete remision. Saya rasa okay. Badan taklah lemah. Rasa lebih bersemangat lagi dari keadaan yang sebelum ni. So,macamna dengan keputusan saya tentang transplant tu. Setuju ke tak. Tetap jawab saya. TAK SETUJU...tahu tak kenapa??sebab saya rasa badan saya ni dha tak cukup kuat untuk melalui chemotherapy. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasa sengsaranya kena melepasi segala cabaran ni. 

Lagipun,saya berpegang dengan kata-kata "Sesunguhnya,tiada penyakit didunia ini yang tidak boleh dirawat melainkan maut". Apapun keadaan, apa yang kita miliki didunia ni..hanyalah bersifat sementara. Tak kekal. Semuanya hanya milik Allah s.w.t. So,banyak lagi ikhtiar lain selain dari buat transplant. Pernah saya terbaca satu buku,tentang rawatan penyakit kanser ni. Kadangkala, terover dose terima rawatan pun boleh menyebabkan maut. Memang Allah s.w.t sudah menetapkan ajal maut kita masing-masing. Tapi tanggungjawab kita menjaga diri kita ni,apa yang Allah pinjamkan dengan kita. Semua memang menjadi tangungjawab kita untuk menjaganya dengan sebaik-baiknya.Sebab tu kita dikurniakan akal fikiran dan hati untuk memilih jalan yang betul.

Bukan saya tak percaya dunia perubatan moden. Saya hargai usaha doktor-doktor yang banyak beri bantuan untuk merawat saya.Alhamdulillah,sekarang memang penyakit tu dha takda. Saya letakkan segala-galanya dengan Allah.Hanya Allah yang menyembuhkan. Minta dengan Allah,agar saya dipanjangkan umur. Bukan untuk mengejar keseronokkan di dunia ni.Tapi banyak perkara yang belum saya pelajari, masih perlu masa untuk memperbanyakkan amalan. Saya bukanlah alim sangat, tapi berusaha memperbaiki hidup di jalan yang Allah redhai memang inilah yang saya nak sangat. So,walaupun saya tak ikut plan doktor nak buat transplant tu.Saya masih tak putus-putus meneruskan usaha lain. Sekarang banyak benda saya kena jaga. Untuk elak penyakit berulang lagi. Saya yakin sangat dengan kuasa Allah. Insyaallah, Allah akan berikan yang lebih baik dari apa yang saya inginkan. Yang penting,perlu banyakkan bersabar. Solat tak tinggal. Banyakkan solat sunat,solat hajat,tahajjud. Insyaallah,Allah sentiasa ada disamping orang-orang yang sentiasa berusaha memperbaiki amalannya..

Fuhh,panjangnya entry kali ni.Sebab tu saya tak suka buat entry dalam Malay. Ayat berjela-jela..bosan orang nak bacakan..hehe..Apapun..saya hargai korang yang sudi baca entry saya ni.Yang sudi nak komen bagi support,pandangan semua..saya hargai anda sangat-sangat. 

Love you all..=)

5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

apapun, hanya Allah yang dapat sembuhkan penyakit kita tu... kita sekadar igtiar mencari ubat untuk mengubati sesuatu penyakit itu.. =)

Mumun Amir said...

whatever you decided , just kept strong ya siti :)

Mimieesyeerro said...

Sis, hm. sis cuba perubatan islam nak? ikhtiar k. sis pegi masjid negeri selepas zohor. ada perubatan islam kat sana. tapy dy lebih kepada menangani gangguan makhluk halus la. tapy ada kena kanser pn berubat kat situ. InsyaAllah sis. ayat Allah tu kuat . Sis pergi ya. pergi sana. sbb kat sana umi dan ayah saya ada. dorg pn salah seorg daripada perawat . try yaa. kita guna ayat Al-Quran. InsyaAllah sis . kena yakin :') I'll pray for your health . Ameeen.

Mimieesyeerro said...

btw, stiap hari Ahad sis. Whatsapp saya 0195324318 . sy bagy sis num umi saya ya :)

beaty said...

hi ety... God know better..